December 8, 2009

~ Dipersalahkan..????~

Nape bila sumtin bad happened kat kita..tak kira la pada apa jua activiti yang kita lakukan atau pun pada sesuatu perhubungan yang terjalin, kita akan cuba utk finger point punca pada orang len..?? Nape perlu orang len yang menjadi puncanya..?? Seolah2 meletakkan kesalahan itu hanya pada pihak ketiga.Nape..???

Nape tak kita tgk diri sdiri dulu? Cerminkan diri dulu.Muhasabah diri kita terdahulu seblum menyalahkan org len. Mesti ada salah kita yang kita tak nampak. Jangan la sesenang aje nak menyalahkan org len.

Sebenarnya benda ni da acapkali berlaku kat sekeliling kita. Sama ada kita sedari atau tidak aje. Kita tak mencuba untuk mencari punca2 terjadinya sesuatu yang 'buruk' pada diri kita tapi kita cuba meletakkan punca itu pada yang len. Nape leh jadi mcm ni...??

Kerana terlalu mengikut kata hati tanpa menggunakan akal fikiran, kita sewenang2nya menyalahkan orang len. Bukan ke itu tak adil...?? Sumtin yg aku cukup tak berkenan & tak suka bila ada org mcm ni.

Cuba la berfikir sejenak. Gunakan akal fikiran yang telah dianugerahkan olehNya. Juga gunakanlah rasa hati..naluri. Akan ketemu jawapan.

Cuba lihat disekeliling kita..berapa banyak persahabatan yang terputus hanya kerana kita hanya tau 'finger point' salah & silap pada sahabat kita sdiri..? Berapa banyak percintaan yang terputus di pertengahan jalan hanya kerana salah faham yang terjadi dan masing2 hanya tau mencari salah pasangan masing2...?? Urmmm....ntah la!! Nape mesti begitu?

Kehidupan kita ni bukan hanya dilingkungan diri sdiri aje. Kita perlukan semua disekeliling kita. Sumone untuk memberikan kekuatan pada kita dikala kita lemah.Sumone tuk melindungi kita tatkala diri terasa kurang selamat. Sumone yang boleh memberikan kasih & sayang tika kita terasa kehilangan rasa kasih & sayang dlm diri.

Kalau hanya disebabkan sikap kita yang suka menyalahkan orang len..akhirnya kita akan kehilangan insan2 yang selama ini senantiasa support kita tak kira apa jua yang berlaku. Rugi bukan?

Apa jua yang berlaku, cuba la menilai diri sdiri terdahulu. Cuba cari dimana punca...dimana silap. Tgk dlm diri sdiri. Kerana puncanya adalah dari kita juga sebenarnya.Janganlah hanya nak meletakkan kesalahan itu pada insan2 len.
Belajar la mencari kelemahan diri sdiri seblum menilai orang len.
Urmmm.....

0 ngomelan...:

Post a Comment

♫♪ say it out...♫♪

 
Copyright 2009 !! ♥♥..ceritera tentang..♥♥ !!. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com