September 24, 2010

~..nota untuk 'awak'..~

***************************************************************************
Awak,

Saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak. Saya dah berusaha & mencuba sedaya mungkin untuk awak. Namun, akhirnya saya sedari, walau apa jua yang saya lakukan selama ini nyata  ianya tak memberi apa-apa erti  pada diri awak.

Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya melabuhkan sauh dan berhenti setakat ini saja. Sesungguhnya saya dah terlalu penat untuk meneruskan. Sudah seringkali terjatuh & demi awak saya gagahi diri untuk berdiri semula. Walau berkali-kali terluka..saya ubatinya sendiri. Parut yang ada saya sembunyi supaya tidak seorang pun tahu. Namun hakikatnya saya masih bukan sesiapa pun pada diri awak.
Saya mengalah!!!

Untuk awak,
Saya doakan awak berbahagia. Seandainya dia 'bahagia' yang awak cari selama hari  ini, saya doakan kebahagiaan awak untuk selama-lamanya. ‘Pegang’ dia sekuat mungkin dan jangan lepaskan..jangan mudah mengalah kerana dia bahagia awak.

Kau berikan aku 'bahagia' walau hanya untuk seketika.
Terima kasih cinta untuk segalanya.

***************************************************************************

~~ Nota diatas ini tiada kaitan ngan tuan empunya blog ini ya.. ~~
[hehehehehheeee..!!!!]

1 ngomelan...:

| CikMatahari | said...

awak,
saya pun doakan semoga awak bahagia dgn jalan yang awak pilih. berhenti tak bererti mengalah. berhenti bererti awak berani mengubah nasib awak kepada yang lebih sempurna. saya harap awak tabah dengan dugaan yang mendatang. cayok! cayol!

tetiba jeee.. hahaha.

Post a Comment

♫♪ say it out...♫♪

 
Copyright 2009 !! ♥♥..ceritera tentang..♥♥ !!. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com