December 7, 2010

~*Salam Maal Hijrah*~

post kali ini berkaitan ngan Hari Maal Hijrah yang jatuh pada hari ni tuk 
santapan minda kita sekalian....sumtin to share. Kan 'sharing is caring'..
[sambil blink2 kan bulu mata yg lentik..hahahha]



SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH
****************************************

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting
bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam
sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari
Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan
hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di
masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram
merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun
hijrah bagi umat Islam.


KISAH HIJRAH
*************
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat
baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail
memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul
untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya
memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda.
Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah
secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil
Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir,
terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi
mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya
keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali
sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta
benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada
tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah,
Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda
untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as)
menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda
supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda
menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya
menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib
(ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu
mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti
permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur
di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak
dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila
fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya
Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan
bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu
Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui
arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka
kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang
gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung
Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum
Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka
tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak
berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang
labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya.
Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk
pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu
Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang
gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke
Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah
gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak
pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah
SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan
kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang
dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi
semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW)
dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka
dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya
akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah
(SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah
berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan
pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat
bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di
Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak
berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal
bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba,
sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12
Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di
Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara
Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat
Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala
perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah
adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun
peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

#################################################

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
*************************************

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama
bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak
terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan
yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan
pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

########################################################################



########################################################################

0 ngomelan...:

Post a Comment

♫♪ say it out...♫♪

 
Copyright 2009 !! ♥♥..ceritera tentang..♥♥ !!. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com